Friday, December 4, 2009

life's rock (bab 6)


dan di tengah laut itu ingin ku hambarkan segala keluh resah ini. aku bersujud kepadamu ya Allah. berikan aku petunjuk dan ketenangan. semakin rindu pada bonda dan ayahanda yang berada jauh di mata namun sentiasa dekat di hati. ada juga mereka berhubung seminggu dua tiga kali juga. risau agaknya.

"Yin dah makan?" tanya mama di hujung talian.

sambil menahan sebak kerana rindu, aku hanya mampu menjawab "hmm..". aku tak mahu mereka risaukan aku disana.

"kenapa ni? desaru best tak?" soalan diaju kedua kali.

"ok. rindu sikit je ni kot. sehat ma?" tanyaku pula cuba menenangkan hati.

"abah tu demam sikit. biasa la mungkin sebab cuaca." tambah mama yang juga baru sembuh dari demam.

selepas beberapa minit berbual, kami terpaksa matikan talian. mama perlu meneruskan ibadahnya di sana. begitu lah kalau ikut pakej, diajar untuk itu ini. tak perlu la terlalu risau. semuanya ada.

dah dua hari di desaru, ketenangan yang dicari tapi aku pasti masih belum ku temu. esok aku akan berangkat pulang. tak mampu nak dinafikan aku tak sabar untuk berjumpa Christ. petang ini petang terakhir aku merayau di tepi pantai ini. menyaksikan gelagat manusia yang bermacam ragam.

"buku ini bagus. have you done reading it?" sapa lelaki muda di hadapanku. mengejutkan aku dari lamunan. tiba-tiba teringatkan lagu lamunan terhenti. hampir tergelak aku dibuatnya.

sambil tersengih, aku menjawab "nope. haven't"

pemuda tadi berlalu diekori ekor mataku ingin tahu kenapa tiba-tiba dia menyapa. buku ini pemberian mama dan abah untuk hari lahir ku sebelum mereka berangkat ke Makkah tempoh hari. tak sangka ada taste juga orang tua aku ni.

lagi ingin tahu pasal buku itu, aku meneruskan bacaan. memang jalan cerita yang menarik dan pengunaan kosa kata yang bagus. aku kagum. tak salah apa yang pemuda itu katakan kerana aku pun bersetuju.

seperti yang dirancang, aku memulakan perjalanan pulang tepat jam 10 pagi.

"expect the unexpected" macam kata pepatah orang putih, aku bertembung sekali lagi dengan pemuda semalam di kawasan rehat di highway. sungguh tak dijangka kami berkongsi pendapat yang sama dan menghala ke destinasi yang sama.

"you again." tegurnya yang tercari-cari tempat kosong untuk duduk. ramai orang, maklum lah cuti sekolah dah bermula. tanpa meminta izin, dia terus melabuhkan punggungnya disebelahku.

sambil tersenyum, aku beralih sedikit memberi ruang kerana aku juga berkongsi tempat dengan pasangan lain.

kami mengambil hidangan yang sama, mee goreng dan kopi o. walaupun mempunyai hidangan yang sama tapi citarasa mungkin sedikit berbeza kerana dia tak makan ayam, dan aku tak makan sayur. jadi di tepi pinggan aku bersisa sayur dan dia bersisa ayam.

sambil menghirup air, kami berborak sedikit. segan dengan pasangan di hadapan kami sebab mereka kelihatan sangat mesra dan intim. tak hiraukan langsung apa yang berlaku kiri dan kanan.

dalam perjalanan ke keretaku, pemuda itu sempat lagi mengumpat pasangan yang di hadapan kami.

"kat gigi perempuan tu ada lada. boyfriend dia tak kesah pun. tu lah kalau dah bercinta kan? apa pun dah tak ingat." katanya selamba.

"awak ni. tak baik lah. ada ke?" aku tergelak dan dia juga turut tergelak.

"oh. by the way. jodoh ni we met again. i am al-Hares Adam." dia memperkenalkan dirinya.

"baru nak kenalkan diri ke? and i am Ariana Razman." menyahut perkenalannya namun mengelak untuk berjabat tangan. aku tahu dia mengerti dan sangat menghormati.

sepanjang perjalanan aku teringatkan kisah bersama pemuda tadi yang selesa dipanggil Hares dia selalu mengukir senyumku dan suka buat orang sekelilingnya tergelak. seorang pemuda yang penuh sense of humor dan berkarisma. matanya menawan, maklum lah ada campuran pakistan dan dia mempunyai susuk tubuh seperti seorang model dari luar negara. pasti girlfriendnya pun cantik macam Aishwaria Rai.



3 comments:

♥ jυℓєѕ said...

nama nephew aku juga haris...heyyy sama pulak.

azwin khairuddin said...

kebetulan. hares ni hensem kan?
hehehe. berangan je bak kata mak aku

Unknown said...

aku pon ade nephew name haris gak...tp br 4 tahun. nakal org nyer...