Tuesday, August 17, 2010

life's rock (bab 10)


Hares seorang pemuda yang ikhlas. dia seorang yang sangat jujur dan suka berterus terang tentang apa yang dia rasa. dia lelaki yang berprinsip.

setelah kematian orang tuanya, dia hilang separuh jiwanya. perasaannya hanya kepada abang dan anak-anak buahnya sahaja. dia tak terfikir akan menyayangi orang lain lagi sehinggalah dia bertemu Ariana Razman yang kini dipanggil Yin. yang memberinya suatu perasaan yang baru. pada mulanya dia merasakan yang dia agak terlewat kerana usianya yang telah meningkat. namun semuanya ditolak tepi, dia mahu bahagia melihat Yin bahagia. dia yakin dia mencintai wanita itu sepenuh hatinya.

mereka berkongsi penderitaan kehilangan orang yang di sayangi dan seperti biasa ada bezanya antara perasaan itu kerana Yin kecewa ditinggal Christ cinta pertamanya manakala bagi Hares peristiwa hitamnya adalah apabila kehilangan kedua orang tua kesayangannya, tempat dia bergantung. jauh di sudut hati Hares dia takut bakal kehilangan Yin namun dia redha dengan segala ketentuan yang maha Esa. dia tahu setiap yang belaku pasti ada sebabnya.

Yin sungguh istimewa di hati Hares dia berharap dapat membahagiakan Yin suatu hari nanti dan jika bukan dengan memiliki Yin, Yin akan bahagia, juga dia sanggup berkorban, korbankan demi melihat Yin bahagia. sudah hampir dua tahun dia menunggu jawapan dari Yin. Dia telah berjanji dengan dirinya tidak mahu mendesak Yin. dia juga mahu Yin benar-benar pasti.

sungguhpun mereka sangat akrab tapi dia tahu Yin masih sembunyikan sesuatu darinya. sembunyikan cerita sebenar yang berlaku antara dia dan kekasih pertamanya. satu lagi harapan Hares adalah untuk mengetahui kisah itu, walaupun dia mungkin akan sakit hati namun dia mahu berkongsi penderitaan yang dilalui Yin. tetapi dek kerana terlalu menghormati wanita kesayangannya itu, dia tak mampu memaksa Yin untuk berkongsi dengannya.

"tolong saya. jangan tanya lagi pasal ni. saya tak sanggup. saya minta maaf." Yin teresak-esak menagis ketika Hares bertanya tentang Christ.

kata-kata Yin padanya sangat menyayat hati Hares. jika Yin bersedih, dia 1000x lebih sedih melihat Yin dalam keadaan sebegitu. dia tak sanggup melihat Yin bersedih apa lagi menitiskan air mata. sejak itu, dia berjanji dengan dirinya untuk cuba menghiburkan Yin. dan Hares sanggup menahan soalannya tentang isu-isu sensitif yang boleh menyentuh perasaan Yin. walhal, dia memang dikenali sebagai seorang yang suka bertanya dan mendesak ingin tahu tapi demi Yin dia sanggup berkorban.

yang paling penting, tak pernah terlintas di fikirannya untuk menerima apa-apa balasan kerana dia benar-benar ikhlas mencintai Yin. dia sangat takut kehilangan Yin.

"I love you Yin." kata-kata ini yang dia katakan pada Yin saat meluahkan perasaannya 2 tahun lalu. namun dia menerima dengan hati terbuka segala jawapan dari Yin. kalau Yin tak mahu jawap pun Hares tak kesah kerana niatnya cuma untuk meluahkan perasaannya pada Yin.

"thank you." sambil tersenyum sipu kepada Hares, Yin terasa senang dan tenang menerima kalimah itu dari Hares.

bunyi deringan telefon semakin membingit. Hares puas mengelamun, dia mengangkat telefon dan mendapati buah hatinya di hujung talian.

"encik Hares. awak tidur kah?" tanyaku dihujung talian.

"mana ada. buat kerja sikit tadi." jawab Hares selamba.

"ada invitation untuk reunion sekolah saya. wanna join me?" terus ke tujuan utama aku menelefon Hares petang itu.

"when and where?" tanya Hares lagi.

"27th june. 'where' saya akan bagitahu setelah awak comfirm tak ade kerja and free to join me that day. deal?" jawabku.

"ok. another 3 more weeks. will get back to you by 24th ok?" sambil menghitung hari, Hares menjawab.

talian dimatikan kerana masing-masing perlu menguruskan kerja masing-masing. Hares tersenyum lebar dengan pelawaan Yin namun berbeza dengan perasaan Yin yang bercampur aduk. pelbagai benda bermain difikirannya.



life's rock (bab 9)


kali ini aku mampu mengukir senyum. setelah bertahun, dengan pelbagai peristiwa yang telah berlaku, aku tahu aku semakin meningkat dewasa, semakin matang dan yang paling penting aku telah berubah menjadi lebih kuat dan tabah hadapi dugaan tuhan.

Hubungan aku dengan Hares semakin rapat. Alhamdulillah, kedua orang tua ku pun turut merestui hubungan kami.

tak disangka, telah hampir 2 tahun peristiwa hitam yang aku lalui berlalu. namun aku percaya dan sungguh bersyukur pada yang maha esa kerana temukan aku dengan Hares. aku terasa bahagia. dia melayanku dengan sangat baik. dia penyembuh duka ku. dia sentiasa ada disaat aku memerlukan.

tapi, jauh disudut hati aku, aku sedar dan tahu yang aku masih belum sembuh sepenuhnya. ada ketikanya hati aku terasa sangat sakit bagai di tusuk duri setiap kali teringat apa yang berlaku di rumah Christ 2 tahun yang lepas. tuhan sahaja yang tahu betapa sedih dan retaknya perasaan hatiku. aku masih cuba menyesuaikan diri walaupun setelah sekian lama.

"Happy Birthday Yin." suara Hares yang sedang berdiri tegak di hadapanku menyembunyikan sesuatu di belakangnya.

"Thank you." dan aku hadiahkan senyuman paling bermakna untuk Hares. terharu dengan layanan dan sikap baik Hares. keikhlasannya selalu terserlah. sekali pun tak pernah dia memaksa aku untuk punyai perasaan serius terhadapnya. dia tahu kalau aku masih belum bersedia dan masih perlukan masa. baginya, kesudian aku untuk memberinya peluang untuk mencuba pun sudah cukup memadai.

"puteri mengelamun nak makan di mana hari ini? dah masuk 27 tahun ni perangai mengelamun tu masih belum boleh ubah ye?" pertanyaan demi pertanyaan dari Hares. begitu la sikapnya. suka bertanya, peramah, banyak cakap dan paling penting dia istemewa. istemewa bagi Yin. cuma Yin sahaja yang masih belum dapat menyedarinya dan takut untuk mengakuinya kerana dia simpan perasaan itu jauh dalam hati dan membenarkan luka lamanya bermaharajalela.

"dah makin berusia. makin sebati la perangai tu dengan saya. awak ni pun." sempat aku menjawab pertanyaan sinis Hares sebentar tadi dan sebelum dia ajukan soalan seterusnya aku menjawab soalan utamanya "kita makan kenny rogers."

dalam fikiranku masih terngiang 10 tahun lepas semasa masih di zaman persekolahan. genap 10 tahun sudah dia meniggalkan alam persekolahan dan teringat pada perbualan dia dan rakan-rakan tentang diri masing-masing setelah 10 tahun iaitu sekarang. aku masih belum berkahwin dan masih dibayangi Christ. tiada banyak perubahan pada hidupku.

"hey, it's on me. tak kan kenny rogers je kot?" tambah Hares yang mengejutkan aku yang sedang melayang.

"and i want it to be special on your special day, please let me." sambung Hares lagi.

serba salah aku dibuatnya. namun aku benar-benar mengidam kenny rogers sejak beberapa hari ni. sejak dari menerima pesanan ringkas dari Hares untuk menjemputku pulang dari kerja lagi hanya kenny chicken quarter meal dalam kepalaku.

"alaa. i'm dead serious. i really carving for that quarter meal please." sambil merayu-rayu kepada Hares yang sengaja menahan gelak pura-pura merajuk.

"baiklah tuan puteri. menurut perintah. but with one condition." Hares berkata seraya membukakan pintu keretanya untukku.

alamak! benci la bersyarat terma ni. berpusing kepala aku berfikir apa syarat yang bakal Hares kenakan pada birthday girl ni.

bermulanya perjalanan ke Mid Valley, baru Hares bersuara melihatkan aku terpaku mendengar perkataan 'syarat'. "tahu takut."

"mana ada. apa syaratnya. cepatlah!" Hares sangat cepat mengenali diriku. dia seakan mengerti segalanya. seakan berkongsi segalanya denganku.

"tak ada lah. syaratnya, next time at least once la let me choose tempat makan boleh?" kata Hares.

"oh. yang tu. sure. next time awak pulak pilih. evertime memang saya je pilih. pening juga." hilang takutku sebentar tadi taku syaratnya yang bukan-bukan. memang setiap kali keluar bersama untuk makan mesti aku yang pilih tempat makan kami. lagipula kami memang makan segala jenis makanan cuma yang berbeza cara kami mengambil makanan tu. contohnya kalau makan ayam goreng KFC, aku akan makan original and dia akan lebih prefer spicy. kalau bahagian ayam, aku akan pilih yang banyak isi dan dia pula bahagian yang dekat-dekat tulang macam peha.

setalah selesai makan bersama, Hares menghantarku pulang. sejak abangnya berpindah berdekatan rumahku selalu juga Hares datang menjenguk orang tuaku.

"pakcik. saya balik dulu lah ye?" kata Hares yang telah selesai meneguk segelas air yang dihidang mama Yin.

"nanti lah dulu." sampuk mama Yin yang datang dari arah dapur dengan pinggan berisi keropok ikan di tangan.

"sedapnya keropok tu. panas-panas lagi ni. terus tak jadi balik saya macam ni." sempat berseloroh Hares yang kelihatan manis berkemeja biru cair itu.

"terus tinggal sini pun tak mengapa nak." jawab abah.

bagai nak tersembur keropok yang aku kunyah sebentar tadi. terbeliak mataku mendengarnya.

"apa salahnya." jawab Hares tergelak tanpa segan.

'Hares ni 'bertuah' betul la.' kata-kata itu hanya tersekat di kerongkongku. tak sanggup nak tambah lauk pula. lagipun aku tahu mereka hanya bergurau, takkan aku nak melenting tak tentu pasal pulak. tapi tak dapat aku semunyikan muka aku yang semakin merah.


Saturday, June 19, 2010

sepi sendiri

telah lama aku menyepi
diam begini seribu bahasa
memendam diri biar sendiri
tanpa berkata meluah rasa

perlukan dirintih pada yang sudi
atau perlukah diratap penuh sedih
masih kunanti jawapan persoalan ini
agar terhapus segala yang pedih

terasa gundah terasa parah
namun masih berlagak gagah
tersembunyi rasa melalui karya
terlindung lemah disebalik tawa

nantikan lah penuh tabah
akan digagahi hingga hujungnya
bahawa separuh iman itu adalah sabar
agar berkat dan cekal hadapi dugaannya

amin