Tuesday, August 17, 2010

life's rock (bab 10)


Hares seorang pemuda yang ikhlas. dia seorang yang sangat jujur dan suka berterus terang tentang apa yang dia rasa. dia lelaki yang berprinsip.

setelah kematian orang tuanya, dia hilang separuh jiwanya. perasaannya hanya kepada abang dan anak-anak buahnya sahaja. dia tak terfikir akan menyayangi orang lain lagi sehinggalah dia bertemu Ariana Razman yang kini dipanggil Yin. yang memberinya suatu perasaan yang baru. pada mulanya dia merasakan yang dia agak terlewat kerana usianya yang telah meningkat. namun semuanya ditolak tepi, dia mahu bahagia melihat Yin bahagia. dia yakin dia mencintai wanita itu sepenuh hatinya.

mereka berkongsi penderitaan kehilangan orang yang di sayangi dan seperti biasa ada bezanya antara perasaan itu kerana Yin kecewa ditinggal Christ cinta pertamanya manakala bagi Hares peristiwa hitamnya adalah apabila kehilangan kedua orang tua kesayangannya, tempat dia bergantung. jauh di sudut hati Hares dia takut bakal kehilangan Yin namun dia redha dengan segala ketentuan yang maha Esa. dia tahu setiap yang belaku pasti ada sebabnya.

Yin sungguh istimewa di hati Hares dia berharap dapat membahagiakan Yin suatu hari nanti dan jika bukan dengan memiliki Yin, Yin akan bahagia, juga dia sanggup berkorban, korbankan demi melihat Yin bahagia. sudah hampir dua tahun dia menunggu jawapan dari Yin. Dia telah berjanji dengan dirinya tidak mahu mendesak Yin. dia juga mahu Yin benar-benar pasti.

sungguhpun mereka sangat akrab tapi dia tahu Yin masih sembunyikan sesuatu darinya. sembunyikan cerita sebenar yang berlaku antara dia dan kekasih pertamanya. satu lagi harapan Hares adalah untuk mengetahui kisah itu, walaupun dia mungkin akan sakit hati namun dia mahu berkongsi penderitaan yang dilalui Yin. tetapi dek kerana terlalu menghormati wanita kesayangannya itu, dia tak mampu memaksa Yin untuk berkongsi dengannya.

"tolong saya. jangan tanya lagi pasal ni. saya tak sanggup. saya minta maaf." Yin teresak-esak menagis ketika Hares bertanya tentang Christ.

kata-kata Yin padanya sangat menyayat hati Hares. jika Yin bersedih, dia 1000x lebih sedih melihat Yin dalam keadaan sebegitu. dia tak sanggup melihat Yin bersedih apa lagi menitiskan air mata. sejak itu, dia berjanji dengan dirinya untuk cuba menghiburkan Yin. dan Hares sanggup menahan soalannya tentang isu-isu sensitif yang boleh menyentuh perasaan Yin. walhal, dia memang dikenali sebagai seorang yang suka bertanya dan mendesak ingin tahu tapi demi Yin dia sanggup berkorban.

yang paling penting, tak pernah terlintas di fikirannya untuk menerima apa-apa balasan kerana dia benar-benar ikhlas mencintai Yin. dia sangat takut kehilangan Yin.

"I love you Yin." kata-kata ini yang dia katakan pada Yin saat meluahkan perasaannya 2 tahun lalu. namun dia menerima dengan hati terbuka segala jawapan dari Yin. kalau Yin tak mahu jawap pun Hares tak kesah kerana niatnya cuma untuk meluahkan perasaannya pada Yin.

"thank you." sambil tersenyum sipu kepada Hares, Yin terasa senang dan tenang menerima kalimah itu dari Hares.

bunyi deringan telefon semakin membingit. Hares puas mengelamun, dia mengangkat telefon dan mendapati buah hatinya di hujung talian.

"encik Hares. awak tidur kah?" tanyaku dihujung talian.

"mana ada. buat kerja sikit tadi." jawab Hares selamba.

"ada invitation untuk reunion sekolah saya. wanna join me?" terus ke tujuan utama aku menelefon Hares petang itu.

"when and where?" tanya Hares lagi.

"27th june. 'where' saya akan bagitahu setelah awak comfirm tak ade kerja and free to join me that day. deal?" jawabku.

"ok. another 3 more weeks. will get back to you by 24th ok?" sambil menghitung hari, Hares menjawab.

talian dimatikan kerana masing-masing perlu menguruskan kerja masing-masing. Hares tersenyum lebar dengan pelawaan Yin namun berbeza dengan perasaan Yin yang bercampur aduk. pelbagai benda bermain difikirannya.