Saturday, April 16, 2011

life's rock (bab 11)

Terasa gamat sekali di kelilingi rakan sekolah di dewan hotel ini. aku senang ditemani Hares di sisi. setelah 10 tahun meninggalkan zaman persekolahan akhirnya bertemu kembali disini. Hares tampak sungguh tenang aku gembira dia sudi menemani. dia seorang yang sangat penyabar, matang dan aku sedar dia banyak mengalah dan berkorban untuk aku. Aku bersyukur kerana Tuhan telah temukan aku dan dia. jauh di sudut hati aku sebenarnya aku sangat perlukan Hares untuk menyokong aku, di fikiranku asyik membayangkan bagaimana kalau Christ ada disini nanti. Aku tak mungkin dapat mengawal perasaan.

"Hey Yin. kau tak perasan aku ke? dari tadi duk lambai kau tau tak? malu je aku sebab ko tak pandang. apa lah, masih tak hilang lagi ke perangai kau yang suka mengelamun tu?" sapa Rozie menyentap aku dari lamunan.

"Ye. masih lagi ada sifat puteri mengelamun dia ni. susah nak hilang sebab ada batu besar juga ada dalam kepala dia." sampuk Hares.

semua tergelak. aku bersalam dan memeluk Rozie yang kian berisi.

"by the way kenalkan ini Hares. bakal tunang aku. aku tak sempat nak emel ko cakap pasal ni." lancar perkataan itu keluar dari mulutku. aku sempat menjeling senyuman Hares yang senang dengan apa yang aku baru sebutkan.

"oh. baguslah tu lupa aku. tu la kau lambat sangat la. aku dah ada anak 3 pun. nanti jangan lupa jemput. lama dah kita tak hang out kan? jom kita duduk." sambil ekor mataku melilau ke kiri dan kanan seperti mencari seseorang aku sedar Hares perasan aku kelihatan sedikit gelisah.

aku dan Rozie duduk semeja. Dia sekarang sudah menetap di luar negara mengikut suaminya yang bekerja di sebuah syarikat computer di India. aku dan Rozie masih kekal berhubung melalui internet cuma sejak dia dah berkeluarga dan ada anak, aku pun dah sibuk bekerja kami tidak terlalu kerap berhubung. terasa bagai baru semalam melihat kemesraan Joring dan Rozie. sekarang masing-masing dah punyai kehidupan yang berbeza.

Sempat bertegur dengan Joring yang masih bujang dan kini menjalankan perniagaan sendiri. dia semakin segak dan dia kini bergigi besi. teringin juga mendengar cerita pasal seseorang walaupun aku sebolehnya mahu mengelak untuk berfikir tentang dia namun sangat sukar untuk aku menafikan hati ini. nasib baik tiada siapa yang berani membuka cerita.

persembahan di pentas bagai tiada erti sedari awal aku disitu kerana sibuk bercerita tentang hidup masing-masing tetapi aku tersentap apabila mendengar emcee menyebut nama yang aku biasa dengar suatu masa dulu.

"Christ?" Rozie terbeliakkan matanya yang besar itu seakan mahu terkeluar. aku semakin kaku, mulutku terus diam membisu dan tubuhku terasa membatu. nasib baik aku sedang dalam keadaan duduk kalau tak mahu rebah ke tanah saat itu.

Christ mendendangkan lagu di pentas itu. tidak seperti dulu dia gemarkan lagu-lagu rock, kini dia berada di pentas mendendangkan lagu slow rock. "more than words" itu lagu kegemaran aku.

aku semakin tidak mampu mengawal diri tapi mengenangkan Hares yang ada disebelah aku matikan hasratku untuk terus pulang ke rumah. aku mengajak Hares untuk mengambil angin di luar yang sebenarnya aku sudah tidak sanggup.

di luar sewaktu aku bersama Hares aku hanya diam membatu. Hares yang tak mengerti pun seakan memahami.

"awak nak balik? atau nak ke tempat lain?" tanya Hares yang kelihatan risau dengan keadaanku.

"tolong hantar saya balik." saat aku luahkan jawapan itu air mataku mengalir deras. tidak tertahan lagi.

Hares tersentak. "mari." dia menambah.

dalam kereta Hares seakan dapat mengagak melihatkan keadaan diriku. dia terus menghantarku pulang dan sempat berpesan supaya hubungi dia jika ada apa-apa.

**********************************************************************************

"who's that honey?" tanya seorang perempuan dari arah pintu bilik yang sedang sarat mengandung.

aku masih belum mengerti. aku cuba berlagak biasa walaupun masih banyak tanda tanya di fikiranku. di dalam rumah itu hanya mereka berdua ditemani aku.

"this is my school friend. she's the one i told you. i'm sure she'll like your brother." Christ membuatkan aku semakin keliru. siapa perempuan di hadapanku?

"meet my wife, Yin." tambah Christ.

aku tak mampu menahan sakit hati. hancur semua rasa aku pada Christ. dia tidak pernah berubah, tidak pernah sedar kewujudan aku. aku sangat kecewa dengan diri aku sendiri kerana aku biarkan Christ kecewakan diriku berkali-kali.

"oh. i never knew that." aku cuba berlagak selamba. menahan diriku dari rebah ke bumi. mengawal air mata yang bertakung daripada jatuh ke pipi.

"i think i have to go. we'll meet again some other time ya? sorry." aku menambah cuba mencipta alasan untuk melarikan diri.

aku terus melulu keluar. 10 minit selepas itu aku terima pesanan ringkas dari Christ.

'sorry to burden you. aku sebenarnya da lama nak cakap dengan kau pasal adik ipar aku. ingatkan sempat nak cakap dengan kau bersemuka, tak sangka kau nak cepat pula. aku nak kau tolong jumpa dengan dia boleh? dia perlukan seseorang untuk membimbing dia dan aku rasa kau orang yang sesuai. tolong ya. esok aku akan pulang ke US.'

dalam hatiku berdetik. tak rasa bersalah kah dia padaku? dia tak pernah tahu kah yang aku sangat mencintainya. dia berkahwin dengan wanita bangsa melayu, dia dibuang keluarga. kenapa bukan aku orangnya? aku juga melayu. aku sungguh kecewa.

selang beberapa minggu. aku cuba untuk memujuk diriku. setelah di pujuk oleh Christ dan isteri aku terpedaya untuk berjumpa dengan adik ipar Christ, Rahman. yang paling menyakitkan hati apabila aku dapat tahu sendiri yang adik iparnya seorang mempunyai perangai buruk kerana dia kaki botol, kepala angin dan kaki perempuan.

aku diugut supaya tidak memberitahu perangai buruknya kepada Christ dan kakaknya. dari itu, aku menjauhkan diri. Christ lebih percayakan adik iparnya yang memburuk-burukkan aku kerana dia takut kalau aku membongkar rahsianya.

aku sangat keliru, kenapa Rahman perlu membabitkan aku dalam hal dia dan aku semakin tidak mengerti apabila Christ percaya akan kata-kata Rahman lebih daripada aku. aku terasa sangat kecil dan tak dihargai. Dari awal aku tidak sepatutnya libatkan diri dengan Rahman dan aku tak sepatutnya cuba membantu Rahman seperti yang di suruh Christ hanya kerana aku masih sangat mencintai Christ aku cuba untuk membimbing Rahman namun ternyata, sia-sia.

"apa yang aku dapat? kau tanya lah adik kau sendiri." tengkingku ditalian. sebelum Christ cuba bersuara lagi aku dahulu yang buka mulut.

"sudah lah!" suaraku semakin kuat. aku lepaskan pada Christ yang sedari tadi seperti cuba mencari salahku.

Christ cuba menghubungiku untuk mengetahui hal sebenar antara aku dan Rahman tetapi ternyata Rahman mengadu hal yang tidak benar pada Christ. dan yang makin membuatkan aku terasa lebih teruk apabila dia percayakan kata-kata Rahman. aku cuba pertahankan diriku tapi seperti bercakap dengan tembok. saat itu aku tahu betapa aku sangat tak penting untuk Christ. aku sedar betapa aku saling tak ubah seperti melukut di tepian gantang. aku bagai tiada erti bagi Christ. terasa tak dihargai.

aku pasrah. tiada siapa tahu akan hal ini kecuali Rozie.