Monday, December 7, 2009

life's rock (bab 8)


"it was never easy for me. i felt embarrass. not only to them. but me, myself." teresak aku tak dapat menahan diri.

"i don't understand why did he did this to me?" tanyaku lagi sambil menahan tangisan yang semakin berjujuran jatuh ke bumi. sedih betul rasa hati ini. bagai hancur di tusuk duri.

Rozie di hujung talian seakan tersentak. tak tahu harus berbuat apa mungkin. hanya kata-kata semangat dan peringatan yang mampu dikatakan pada aku masa ini. aku sedar Rozie bimbang aku akan melakukan perkara-perkara pelik.

"sabar la Yin. kau kan orang beriman. kau jangan banyak pikir tau? semua ni kerja tuhan." Rozie menambah semangat yang kian luntur ini.

"aku redha. tapi hati ni sakit sangat Zie." tambahku berdegil.

"sabar Yin. Semua ini ada hikmahnya." Zie masih tak putus asa menemaniku di saat aku benar-benar memerlukan.

beberapa bulan selepas peristiwa itu, aku selalu mengasingkan diri. murung dan cuma bercakap bila perlu. aku sedar kehilangan Christ untuk kedua kali ini betul-betul sukar untuk diterima. apa yang berada dalam pikiran cuma 'kalau lah aku buat begini, kalau lah aku buat begitu sebelum ini'. tapi aku tahu, semua ini takdir. tuhan tahu yang terbaik untukku. aku perlu redha cuma aku perlukan masa untuk betul-betul sembuh.

"perkara yang dah berlalu tu sudah la. dia pun dah kahwin. life's goes on sayang." kata mama. sedih melihatkan buah hatinya seorang ini yang sudah tidak lagi seperti dahulu.

aku cuma berdiam. dalam hati ini tuhan sahaja yang tahu. sudah bermacam cara aku ikhtiar. setiap hari aku bersujud meminta kekuatan untuk hadapi segalanya. sebagai hambanya aku perlu akur.

pasangan kembar anak kepada jiranku, Haff adakala menghabiskan masa dirumahku. belajar dan bertanya apa yang patut tentang akademik dan adakala saja bertandang untuk lepak-lepak. kasihan, ibu bapa bekerja. mereka berdua sahaja dirumah pun bosan. sekurang-kurang di rumahku ada lah yang mahu melayan mereka.

"Assalamualaikum." kedengaran suara sayup dari hadapan rumah.

"Waalaikumsalam." sahutku tangkas.

belum sempat aku ke muka pagar, pasangan kembar lebih dahulu mendapatkan pemuda itu.

"fizran, rani." sambil mengelengkan kepala.

"Paksu!!" mereka besalaman dan kemudian mendakap pemuda itu. aku masih terkebil-kebil melihatkan lelaki yang biasa kulihat atau pernah aku lihat sebelum ini. sedang aku asyik memikirkan di mana pernah kulihat dia. mama menepuk bahuku lembut.

"Yin mungkin tak pernah jumpa dia. kadang-kadang Hares yang datang jemput budak-budak ni balik rumah dia di Damansara."kata-kata mama bagai hambar ku dengar kerana aku asyik berfikir. namanya seakan mengesahkan segalanya. namun dia sekarang menyimpan bauk dan side burn. handsome dan kelihatan lain dari waktu kami bertemu dulu.

hanya baru-baru ini aku seperti cuba untuk berubah. mungkin benar kata mama bahawa aku tak pernah bertemunya, sebab setelah peristiwa Christ aku lebih banyak terperap di rumah. kebetulan kali ini, aku berada di luar bilik sedang menonton tv dan kebetulan juga aku keluar untuk melihat siapa di luar.


"i know you." jerit pemuda itu.

ingin sahaja aku menutup mukaku atau lari masuk kerumah semula namun kaki ku terhenti di situ. dia merapati ku seperti tidak percaya akan bertemu aku di sini.

aku hanya membalas dengan senyuman. tidak tahu harus berkata apa. sesungguhnya aku bukan Ariana yang sama seperti pertama kali kami bertemu. aku semakin parah. tapi aku pasti tuhan sedang memberikan aku petunjuk supaya bangkit semula. dan kali ini jika aku mampu bangkit, ianya untuk selama-lamanya.

"hey, i told you before. jodoh temukan kita lagi." dia seakan gembira dan pelik dapat bertemu.

"what a small world huh?" tambahnya lagi. adik dan abang, sama je perangai. peramah atau lebih baik aku guna kan istilah 'banyak cakap'.

namun aku akui, mereka orang baik-baik. niat mereka baik. mereka membuatkan orang sekeliling tersenyum. aku harap dia juga mampu membuatkan ku tersenyum semula.


7 comments:

Rudy said...

yes!!i finally feels like sleeping after reading this..thank you my dear.huhu.. xp noo..they are great..maybe u shoud publish them (book i mean)..

azwin khairuddin said...

hehe. thanks anyway

written by karin said...

azwin,,,
icha sukaaa blognya hehehe
betul itu kena dipublish ni semua tulisan azwin

azwin khairuddin said...

ya. memang itu impian win.
tp masih belum cukup bagus. segan ja

Unknown said...

aku rase bab 8 ni paling best...buat aku rase x sabar nak bace bab2 seterusnya....ape jadi pade yin?

rockamocha7 said...

haha. thanks manto. korg nak apa jadi pada yin??

Kasih nur azie said...

saye mahukan yin bahagiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa