Saturday, December 5, 2009

life's rock (bab 7)


"dear, i've a surprise for you this Christmast. will inform the details later." ringkas mesej dari Christ. bila di tanya, dia mengelak untuk beritahu. beberapa hari tak berhubung alasannya dia sibuk untuk persiapan Christmas.

Christmas bakal tiba, sedang mataku mengamati mesej di dalam telefonku yang dikirim hampir seminggu lepas; loceng rumah berdenting. hampir terpelanting handphone dalam genggamanku sebentar tadi. bergegas aku mencapai apa yang boleh untuk dilitupi rambutku.

"ada apa bang?" tanyaku yang masih lagi memikirkan apa kejutan yang bakal Christ beri pada perayaannya itu nanti.

"boleh pinjam tangga? abang tinggal sana tu." sambil menunjukkan arah rumahnya yang berada tak jauh dari rumahku. selang 4 buah rumah berhadapan rumah aku.

tanpa berlengah, aku mengambilkan tangga yang agak berat itu.

"nanti abang pulang ya. kami baru pindah. jemput lah singgah rumah nanti. malam besok ada kenduri." tambahnya ramah.

"insyallah." jawabku tersengih.

terus aku melulu masuk. terdetik pula di hati "petang esok aku perlu ke KLIA untuk menjemput ibunda dan ayahanda tercinta pulang dari tanah suci. kalau sempat nanti singgah la, kalau tak pun tak mengapa lah rasanya."

beberapa minit kemudian. jemputan itu terus hilang dari ingatan.

sampai di KLIA. di kepala hanya memikirkan orang tuaku.

"ma, abah. rindunya." aku dipeluk erat kedua orang tuaku. mereka kelihatan letih tapi berseri-seri muka mungkin dek kerana seronok.

telah selamat sampai di rumah. jemputan ke kenduri itu masih tak ada di dalam ingatanku.

"alhamdulillah. selamat dah semuanya." bersyukur panjang abah dan mama setelah sampai di rumah.

"rehat lah dulu. nanti-nanti baru kita bercerita lagi ye?" melihatkan mereka keletihan, tak sampai hati ingin menganggu waktu rehat mereka. perubahan cuaca di Malaysia dan Makkah memerlukan mereka beberapa hari untuk sesuaikan diri semula.

aku juga perlukan rehat. terus ke bilik tidur melabuhkan mata.

pagi lagi ni tapi di luar ada orang memberi salam sambil loceng dibunyikan. aku yang sedang sidai jemuran di luar terus ke pagar rumah.

"waalaikumsalam." jawabku ringkas. ternyata jiran baruku itu datang untuk memulangkan tangga yang dipinjam.

terpandangkan mukanya terus aku teringat jemputannya tempoh hari. "kenapa lah aku ni? pelupa betul" jeritku dalam hati.

"Ya Allah. maaf sangat bang, saya terlupa untuk hadiri kenduri tu. mak dan abah saya baru pulang dari Makkah semalam." tanpa di tanya, aku telah memberikan jawapan kepadanya. rasa bersalah pula menyelubungi diri. aku benar-bernar terlupa.

"tak pe. abang tengok rumah kau ni semalam pun macam tak ada orang, mungkin ada hal tu. dating kot." katanya berseloroh. aku memang seharian keluar mencari buku baru dan kemudian ke rumah Mak Teh di Sepang sementara menunggu ketibaan orang tersayang.

tak sempat aku menyangkal dan menafikan tekaannya itu, dia sudah pun menyusun ayat untuk disoal.

"oh. ada la abah di dalam tu ya?" tambahnya selamba. sememangnya jiran baruku ini orang yang ramah. tidak dinafikan.

aku menjemputnya masuk.

bersarapan bersama. rupanya dia pindah ke ibu kota kerana kerja. sebelum ini dia bekerja di negeri lain. seorang jurutera yang selesa di gelar Haff. kebetulan sepasang anaknya yang kembar bakal menjadi anak muridku.


No comments: