Thursday, December 3, 2009

life's rock (bab 5)


"hey! you've made it. i'm glad." memberikan aku senyuman paling bermakna dalam hidupku. terasa diri ini sungguh bererti. namun aku masih sedar akan diri. aku tak mahu terus terbawa-bawa perasaan yang indah ini. aku tak mampu menanganinya kelak jika aku akan ditinggalkan lagi. berdebar-debar dadaku melihat Christ namun aku sempat melemparkan senyuman. dalam hati berkata, "mestilah aku datang. kan kau yang invite. antara orang paling bermakna dalam hidup aku selama ini."


"come babe!" sapanya dengan selamba. aku dengan bertudung, segan menghadirkan diri di situ. boleh dikira berapa orang yang sepertiku atau mungkin aku seorang sahaja disitu. nasib baik Christ tak kisah dengan permintaan aku. permintaan untuk berada cuma dibelakang stage tak mahu keluar bersama crowd.

dia berjaya mencapai impiannya. ini sememangnya minat Christ dari mula aku kenal dengannya. aku bangga dia mampu kecapinya hingga tahap ini. aku? kau juga berjaya Yin. kau sekarang mendidik anak bangsa untuk mengejar impian mereka. mungkin kau sedang mengajar dan memupuk Christ yang lain sekarang ini.

"you're good man. how does it feel?" tanyaku ingin tahu apa perasaannya pertama kali mengadakan konsert di tanah air sendiri. selama ini mungkin da biasa di luar negara.

"it was damn good. really" terukir senyum yang sekali lagi membuatkan aku terbang melayang. warung ini menyaksikan senda gurau dua manusia ini yang telah lama tak berjumpa, yang mungkin akan membangkitkan rasa cinta.

sementara aku memandu pulang, terkenang balik segala peristiwa dahulu. dua hari lagi aku akan ke desaru, johor untuk bercuti. bercuti seorang diri dan ketenangan dicari.

"perlu kah aku nyatakan segalanya? apa yang telah lama terpendam dalam hatiku ini, sampai terasa tak sanggup lagi untuk aku teruskan hidup ini." sementara aku bercuti seraya membawa diriku jauh dari segala masalah, aku mengelamun dan cuba untuk selami penyelesaian yang terbaik untuk diri aku sendiri. kebaikan diri aku sendiri. bukan aku lari dari masalah tetapi cuba untuk memberi ruang pada diri sendiri untuk membuat keputusan yang seeloknya demi kebaikan semua.

kenangan zaman persekolahan dulu masih terbayang. kerana disitu la cinta berputik tanpaku sedar.

"kau suka dengar aku main music wahai juita?" tanya Joring bersenda. mereka sangat riang.

"alah kanda ini, mesti la juitamu ini suka. kan dia buah hatimu saorang." sambil tergelak aku mencelah menjawab soalan Joring kepada Rozie. mereka adalah skandal, sampai satu sekolah tahu pasal mereka dek kerana Joring yang kepoh tu.

"wey. dah ready untuk esok?" tanya amir yang selalu mengutamakan apa yang penting dan perlu diuruskan dahulu sebelum berseronok. dia tak ubah seperti seorang abang dan manager yang sentiasa mengingatkan yang lain supaya sentiasa bersedia dan alert.

mereka akan perform buat kali pertama di hadapan ramai orang. mereka di jemput untuk perform di malam prom. Christ hanya diam membisu. tak pasti apa yang berada dalam pikirannya sedangkan yang lain bising mengalahkan ayam yang baru lepas bertelur. riuh sekampung. dia bagai di tempat lain.

Christ menghampiriku. "Yin. sini kejap. aku risau ni. takut lah." Christ kelihatan sangat risau entah kenapa.

"kenapa ni?" tanyaku pula.

"kau balik dengan aku. nak bawak kau satu tempat. boleh? jom sekarang." bagai tak sempat-sempat Christ menarik tanganku.

"aku balik dulu. Christ hantar ni. bye korang" jeritku pada amir, joring dan Rozie.

pada hari itu, sayang aku semakin menebal padanya. aku lah yang dia cari setiap kali ada masalah atau untuk berkongsi keriangannya. aku tahu dia sangat takut untuk first gignya itu. tapi sekarang dia berubah. semakin matang. 'pertama kali' bukan lagi ayat yang boleh membuatkan dia kecut perut.


No comments: