Friday, March 13, 2009

life's rock! (bab 4)


THE BOREDOM ROOM

in Malaysia
Special Invitation

aku membelek isi dari sampul surat yang abah hulurkan setibanya aku dirumah. dengan lelah yang masih bersisa padaku, aku rebahkan diri di hadapan televisyen.

"selalu macam ni. bukak la tudung tu dulu kalau ya pun. salin la baju tu. rimas ma tengok." kedengaran suara mama dari dapur dengan segelas air, semestinya untuk anak tunggal kesayangannya ini.

"kejap lagi Yin salin la ma. ni tengah duk cuba nak pahamkan isi invitation ni. dapat gi concert la. siap dapat gi backstage lagi tu." jawabku yang masih keliru dengan apa yang sedang aku perhatikan dihadapanku ini. ini bukan flyers biasa, ni lebih macam invitation pass tekaku.

"mana dapat tu?" tanya mama ingin tahu.

"tadi ada orang cari anak awak tu. agaknya dia tak tahu Yin mengajar dimana, jadi dia kirimkan pada saya." abah menyampuk setelah mendengar perbualan kami sebelum menyambung langkahnya ke dapur.

setelah beberapa tahun melanjutkan pelajaran di institut tinggi dalam negara, aku berjaya menempa kerjaya sebagai seorang guru sekolah menengah. walaupun kerja ini nampak ringan tapi tuhan sahaja yang tahu betapa besar tanggungjawab yang perlu dipikul untuk mendidik anak bangsa. tambahan pula, aku dapat beribadah dan menambah pahala. tak seperti Christ dia melanjutkan pelajarannya di luar negara, USA kalau tak silap dia dah tak berhubung langsung dengan aku, entah kenapa. cerita tentangnya pun aku ketahui dari rakan-rakan lain. Rakan-rakan 'study group' aku ada yang dah pun mendirikan rumah tangga dan dah punya keluarga sendiri.

pada hari minggu aku selalu menghabiskan masa dirumah. mengemas apa yang patut, melunaskan kerja-kerja yang tertunggak atau pun hanya di hadapan kaca TV menonton cerita-cerita kegemaranku.

"masuk lah." sayup suara abah dari luar kedengaran di dalam rumah ni. ternyata dia sedang menjemput tetamu. bingkas aku mencari kain tudung untuk menutup auratku. siapa lah agaknya yang bertandang waktu aku tengah nak rehat ni.

"Yin! kawan kau yang semalam bagi surat tu datang ni ha." terbeliak mataku. kelat tekak aku menelan air liur. siapa? sumpah aku tak dapat nak meneka siapa orangnya.

aku menoleh. terkejut sungguh aku hampir tak dapat mengimbangi diri.

"Ya Allah. is that you Christ? you look so different, dude. where have you been?" sambil cuba mengawal perasaan gementarku itu, ayat ini saja yang mampu aku katakan. kerana yang sebenarnya banyak persoalan terbuku dan tersimpan di benakku sekian lama. perasaan yang aku telah dilupakan dah sebati dalam diri. meninggalkan aku sendiri mencari kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi segalanya. aku ditinggalkan tertanya-tanya, tanpa jawapan tanpa khabar berita. dia hilang begitu sahaja. tanpa sempat untuk bermula dan berakhir, entah kenapa aku pun masih belum pasti.

"yeah. and you look different too with the tudung." Christ kelihatan tenang. itu lah sifatnya yang sangat aku gemari. sekarang dia dah punya jambang. kelihatan seperti seorang artist. "entah-entah dia yang akan perform nanti tak?" tanya hatiku. tapi sempat ku nafikan mungkin dia cuma organize concert tu nanti.

masih aku tertanya-tanya tentang invitation tu, tiba-tiba dia bersuara lagi menyambung ayatnya.

"i just arrived last week. have you received the invitation? i would like to see you there. this is our first concert in Malaysia girl. you should be there to support me." dia masih tak berubah. penuh dengan kejutan. apa yang aku baru nafikan sebentar tadi ternyata benar, dia line-up band di invitation pass itu dan aku dijemput. semuanya berlaku sangat pantas bagiku.

setelah selesai bertemu teman yang dah lama menghilangkan diri yang tiba-tiba datang tanpa angin tanpa ribut, bertalu-talu soalan bertandang di diriku. perlu ke aku pergi? apa orang akan kata? aku dah tak layan semua tu kan? aku seorang guru sekarang. tapi dia kawan aku, kawan yang agak istimewa. ya. aku pasti tu. dia istimewa cuma dia tak perlu tahu hal ini.

abah dan mama akan berangkat ke Makkah mengerjakan Umrah, mereka pasti tiada untuk temankan aku ke concert itu nanti. banyak yang menghantui fikiranku waktu ini.

"my world revolves around you. don't you know that? kau mana lah nak tahu. u just know to blame yourself for everything." teringat kata-kata Christ waktu itu. berjurai air mataku. sedih terkenangkan kata-kata itu yang tak mungkin akan aku lupakan kerana ia sentiasa bermain di kotak fikiranku ini. kenapa dia perlu hadir sekarang ini? adakah untuk tinggalkan aku lagi atau untuk berada disisi aku selamanya? adakah untuk mengakhiri semuanya atau memulakannya semula? mustahil!

2 comments:

♥ jυℓєѕ said...

wahh dh ada bab 4 lah.
x sbr nk tau bab seterusnya.
go gal!

azwin khairuddin said...

hmm.. xde idea la. (dgn nada tak besemangat). banyak gile keje nk kena wat. xde mase utk life's rock pun