Wednesday, March 11, 2009

life's rock! (bab 3)


senang saja aku jumpa tempat aku. "MG 002". mentang-mentang nama aku huruf 'A', dapat la tempat paling hadapan. aku melilau pandang kiri kanan, macam-macam ragam. ada yang masih tercari-cari tempat duduk.

"hoi." tegur Christ. kami sedia maklum yang angka giliran kami dekat. dia "MG 003".

"Gudluck!" sambil tersenyum sempat aku ucap kata semangat.

pada hari terakhir peperiksaan SPM, aku tak sempat berbual panjang dengan Christ. hampir tiap malam berbual di talian sebelum ini, rasa janggal pula bila tak dapat dengar suaranya. tapi semenjak SPM bermula, dia dah kurang talifon. or shall i say here not even once? i wonder why. tapi last day tu dia terangkan keadaan sebenar. dia tak dibenarkan guna talifon lagi. bil melambung. tergelak aku.

di sekolah itu la kali terakhir aku melihatnya. tiba masa untuk ambil keputusan pun aku tak berpeluang jumpa dia.

asyik aku mengelamun terkenang masa join Christ study dengan Rozie dan yang lain-lain. teringat waktu ikut mereka jamming. seronok. senyuman dah pun terukir, tiba-tiba tina rakan sekelas aku tegur.

"ok ke? mesti dapat A untuk English ni kan?" sambil mengambil slip keputusan SPM yang aku hulurkan kepadanya. dia yang bercerita pasal Christ. Christ dah pun terbang ke luar negara. tinggal bersama mak cik nya disana sementara tunggu keputusan. jadi, mungkin dia lambat sikit ambil keputusan SPMnya dan kerana itu aku tak dapat bertemu dengannya.

mama setia menanti aku dari dalam kereta yang berada di luar sekolah. susah dapat parking. aku hanyalah pelajar biasa. tak terlalu pandai dan tak terlalu kurang pandai. jadi, keputusan aku pun biasa saja. dengar khabar Christ akan sambung pelajarannya di USA. lagi tak berpeluang untuk aku jumpa dia.

aku sempat mengelamun sementara menuju ke kereta mama, terkenang perbualan kami selepas 'study group' di perpustakaan.

"entah macam mana lah kita nanti lagi 10 tahun dari sekarang kan?" kata Joring. nama samaran untuk Ahmad Saiful kerana giginya agak kehadapan dan punya gigi taring yang menonjol. dia rakan sekelas Amir dan selalu turut serta untuk 'group study' dan jamming. aku cuma sebagai penyanyi latar yang tak diiktiraf, cuma tahu menyibuk tiap kali ikut mereka jamm. sekarang aku dah mula belajar bermain gitar.

Amir cuma tersenyum. mungkin sedang membayangkan dirinya 10 tahun dari sekarang.

"mesti ko dah pakai gigi besi Joring kan?" tambah Rozie sambil tergelak, sempat juga tangan munggilnya itu memukul lembut bahu Tina, rakan sekelas kami yang turut serta untuk 'study group' waktu itu.

"entah-entah kita da kawin dan ko dah buncit mengandung anak aku kot Yin." sergah Christ yang perasan fikiran aku melayang, sebenarnya sedang membayangkan masa depanku. sambung study ke, kawin, kerja, dan macam-macam lagi. tapi dalam senarai, kawin tu memang perkara terakhir. kalau diberi peluang aku nak sambung belajar dan kalau keadaan tak mengizinkan aku rela kerja dahulu untuk bantu keluarga.

"banyak la ko! jangan cakap yang bukan-bukan boleh tak? entah-entah ko yang dah boncit nak bersalin kot!" jawabku sedikit geram.

masing-masing tergelak besar. mungkin dapat juga membayangkan Christ yang mengandung dan punyai perut buncit sedangkan potongan badannya cukup ideal. aku memang selalu cakap ikut sedap mulut. tambahan lagi bila aku terkejut disergah waktu seronok mengelamun.

aku telah sampai kereta mama. menyusun ayat sebelum membuka pintu kereta.

" 4 je. betul la apa yang mama agak. patut suruh mama agak Yin dapat banyak-banyak A tadi." aku berseloroh. aku sentiasa bersyukur dengan apa yang aku dapat. itu yang telah orang tuaku ajar. lagipun setiap apa yang kita dapat tu, ada sebabnya. hanya tuhan yang tahu.

"Alhamdulillah. ok la ni. ko pun bukan belajar sangat. selalu tak datang sekolah lagi tu." kata mama mungkin cuba untuk menyedapkan hati aku. risau takut-takut aku kecewa dengan keputusan itu.

kami dua beranak tersenyum. tak sabar nak maklumkan pada abah dirumah.

"kita balik tunjuk abah k?" mama seakan mendengar bisikan naluri aku.


2 comments:

Unknown said...

Setiba sampai di rumah, abah sudah ada di beranda sambil tersenyum melihat aku pulang. Sepertinya sudah lama dia duduk di situ menanti khabar berita yang dia sendiripun tak pasti. Dari riak wajahnya, dia nampak tenang kerna aku tahu biar apa pun keputusan yang aku dapat dia tetap bersyukur.

Anonymous said...

nice la crita ko..
nampak sgt keakraban with mama ko tu...