Tuesday, March 10, 2009

life's rock! (bab 2)

sementara tunggu mama amik aku depan sekolah, aku terserempak dengan Christ menunggang basikal. dia smart, comel bila tersenyum menampakkan gigi yang tersusun rapi. "apa aku berangan ni?!" aku berkata perlahan sambil tergelak kecil dan melambai padanya.

mama dah sampai.

seperti biasa, belum sempat masuk kereta dan belum sempat mama bertanya aku dah mula bercakap itu dan ini. dah menjadi kebiasaan aku untuk bercerita apa yang berlaku setiap hari yang aku lalui. mama macam diary aku,dia banyak simpan rahsia dan cerita aku. boleh dikatakan, semuanya mama tahu tentang aku. mungkin ini lah kelemahan orang yang banyak bercakap. membuka sendiri pekung didada. tapi aku tahu, aku seorang yang iklas dan jujur. abah yang selalu ingatkan aku tentang ni, aku tak boleh terlalu jujur katanya.

lepas makan, mama bawa aku jalan-jalan di Jusco. seronok membeli. aku dapat selipar dan simis baru. agak memalukan bila aku kena tegur tak pakai simis. dah beberapa hari pengawas perempuan tu tegur, aku asyik beri alasan yang simis aku basuh. nasib dia percaya. lagipun aku budak baru, jadi diberi kelonggaran. tak pernah aku pakai benda alah tu sebelum ni.rasa janggal sungguh. tertekan rasanya bila terpaksa buat apa yang kita tak suka. kasut pun kena beli baru. kasut aku yang sedia ada ni kulit, dan lagi satu pula, terlalu sporty katanya.

"aku ni dah nak abis sekolah, bukan baru nak masuk sekolah! perlu ke nak tukar dan beli balik barang-barang baru?" hampir saja terkeluar dari mulut aku nak ku hamburkan pada kakak pengawas form 6 tu. tapi tak terkata pula.

mama janji akan belikan aku kasut worrior esok. hari ni beli simis dulu. worrior pun worrior la, janji ada kasut. rasa membazir beli kasut mahal-mahal tapi tak boleh pakai di sekolah baru ni. menyumpah aku. tapi kadang kala ada juga aku pakai.

"Yin! telefon." jerit abah dari bawah.

siapa pula yang nak call aku ni? tak pernah pula ada orang call rumah untuk bercakap dengan aku semenjak duduk di tempat baru ni. dengan muka pelik aku turun dan menjawab panggilan tu.

"Christ dapat nombor rumah ni dari buku kedatangan" begitu la lebih kurang katanya bila aku tanya bagaimana dia mendapatkan nombor rumah aku. aku pun tak pasti boleh ke buat macam tu.

"oh. nak apa ni call? teacher call parents ko ke?" jawab aku selamba. banyak kejutan betul budak kacukan sorang ni. rimas pula aku.

"saja. sebenarnya, aku ingat nak ajak ko study kat library or anywhere. dengar khabar ko terer subject math. after school, aku gan kawan aku study kat library. SPM kan nak dekat. will you join us?" dari suaranya kedengaran ikhlas nak ajak aku belajar.

"eleh. nak ajak date, bagitahu je la!" kata-kata ni cuma tersekat di kerongkong. tak terluah. perasan je aku ni. mungkin memang dia risaukan SPM yang bakal tiba dan perlukan pertolongan aku. masalahnya aku bukan terer sangat pun.

"ramai ke kawan ko tu? berapa orang?" ini saja yang terkeluar dari mulut aku.

"tak da la. sorang dua je. ko ajak la sapa-sapa. Rozie ke. you seem pretty close with her. we won't mind." Christ cuba meyakinkan aku.

"lain kali la. apesal tak cakap dari tadi. aku tak ready la, and i don't feel like going anywhere right now. sorry. how bout, esok aku bagitau kau. esok korang pegi juga kan?" jawabku. sesungguhnya, aku tak tahu nak join ke tidak. semua ni berlaku cepat sangat. esok hari Jumaat, hari terakhir untuk minggu ni.

"oh. esok maybe tak gi library. kitaorang nak jamming. tapi kalau ko nak join we all jamming boleh juga. kejap je." tak sedikit pun kecewa dengan penolakan aku sebentar tadi. dia cool. berdasarkan apa yang dia bagitahu aku, sebelum ni dia sekolah di Kelantan.

"tengok la macam mana." ringkas jawapanku.

mama cuma tersenyum. dia seakan mengerti. dia setuju saja kalau aku nak join mereka study. buat study group tu kan elok, dulu aku pun selalu study in group dengan kawan-kawan. di sekolah baru tak de geng yang sesuai lagi. tapi sekarang macam ada je.

"jamming tu apa abah?" tanyaku. malu nak bertanya pada Christ tadi takut dia kata aku ketinggalan pula.

"macam main kugiran agaknya." jawab abah. abah suka main gitar, pada aku dia seorang artist. dari apa dia cerita aku selalu kagum ada abah sepertinya. aku selalu ingin belajar main gitar.

jamming. ayat baru untuk aku. tapi aku pernah dengar sebelum ini. rasa berminat pula nak cuba sesuatu yang baru. untuk melihat dan memahami apa yang Christ sebut sebentar tadi. boleh ke aku ikut?

"kalau yin ikut kawan yin jamming boleh tak?" tanyaku pada kedua orang tua ku.

"bila? boleh. tapi biar mama yang hantar dan ambil." jawapan biasa yang aku dengar dari mama. abah selalunya berdiam diri atau suruh aku tanya pada mama balik. dia selalu bersetuju dengan keputusan mama kalau bab kebebasan anak-anak.

dan seperti biasa. mama mesti nak kenal dengan kawan baru aku. ini seperti adat. dia nak tahu dengan siapa aku bergaul.


p/s: TAK ADA KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP ATAU YANG MATI. NO OFFENSE! THANKS FOR READING AND HAVE A NICE DAY. TAKE CARE

No comments: