Saturday, June 19, 2010

sepi sendiri

telah lama aku menyepi
diam begini seribu bahasa
memendam diri biar sendiri
tanpa berkata meluah rasa

perlukan dirintih pada yang sudi
atau perlukah diratap penuh sedih
masih kunanti jawapan persoalan ini
agar terhapus segala yang pedih

terasa gundah terasa parah
namun masih berlagak gagah
tersembunyi rasa melalui karya
terlindung lemah disebalik tawa

nantikan lah penuh tabah
akan digagahi hingga hujungnya
bahawa separuh iman itu adalah sabar
agar berkat dan cekal hadapi dugaannya

amin